Khamis, 29 Mac 2012

Gotong-royong PKBS

Pembersihan di loading bay
Pada 21 Mac 2012, PKBS telah mengadakan gotong-royong sebagai persediaan Audit Dalaman UPMKB yang berlangsung pada 26-28 Mac 2012. Sebagaimana yang kita sedia maklum, audit bukan sahaja mengenai semakan dokumentetapi juga persekitaran. Jadi sebagai salah satu bangunan terbesar di kampus UPMKB, gotong-royong memang antara agenda utamayang perlu diadakan memandangkan banyak "khazanah" yang perlu disusun dan dibersihkan. Untuk menghidupkan suasana ceria sepanjang gotong-royong, keluarga besar PKBS telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu kumpulan "Gosok-gosok Cute" dan kumpulan "Cuci-cuci Gebu". Checklist tugasan kedua-dua kumpulan ialah:                                                                                                      
Surau wanita
- mengemas surau lelaki dan wanita
- membantu membersihkan persekitaran luar perpustakaan
- mengemas ruang legar kaunter utama dan ruang legar SPK
- mengemas pantry dan melekat label "rosak" serta mengunci tandas yang rosak
- mengemas ruang loading bay iaitu memilih dan membuang bahan yang tidak digunakan
- mengumpul dan menyimpan barang-barang yang rosak ke dalam stor contohnya troli buku, kerusi, meja dan sebagainya

Di sekitar luar perpustakaan
Menyeronokkan dan ceria itulah yang mampu diungkapkan disebalik kepenatan gotong-royong tersebut. Mana tidaknya, setiap kerja memang akan disusuli dengan gelak ketawa dan komitmen yang jitu dari warga PKBS. Hasilnya lokasi gotong-royong berjaya dibersihkan dengan jayanya. Akhir sekali terima kasih tidak terhingga di atas kerjasama kalian dan tidak lupa juga buat penaja makanan pada hari tersebut yang telah menaja makanan dari pagi hingga petang. Semoga Allah memurahkan rezeki kalian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan