Selasa, 16 Oktober 2012

How a book is born

Good day everyone.. it just a simple infographic called "How a book is born". Now we know..


Rabu, 10 Oktober 2012

November..Menjelang sedekad di sini..



Setelah sedekad bertapak di UPMKB, mari kita nikmati perubahan dan perkembangan PKBS sejak pembukaan semula kampus ini pada November 2001 hinggalah sekarang. Atas sebab-sebab tertentu pemandangan ditahun 2001 tidak dapat diekspresikan kerana tiada dalam simpanan. Apapun, terima kasih atas sokongan anda kepada perpustakaan ini.Kami amat menghargai sokongan anda..

Jumaat, 27 April 2012

Bengkel Pemantapan Bahasa Inggeris "May I help you"


Bengkel Bahasa Inggeris…. Antara salah satu bengkel yang ditunggu-tunggu warga Perpustakaan. Akhirnya telah berlangsung dengan jayanya pada 13 April 2012 (Jumaat). Sememangnya bertepatan dengan objektif bengkel iaitu, mengaplikasi teknik komunikasi interpersonal yang berkesan dalam berbahasa inggeris, bengkel yang berlangsung seharian itu berjaya menarik minat peserta bengkel. Fasilitator yang cukup sporting di hari itu ialah Encik Peter Clarence dari Jabatan Sains Sosial telah  memberikan beberapa tips dan kami kongsikan dengan anda:






General tips in counter:

  •   Listen attentively
  •   Ask questions
  •   Engage the listener
  •   Speak clearly
  •   Focus on getting meaning across
  •   Maintain a pleasant and professional appearance
  • Relax
Babak 1

Babak 2




Pada sebelah petang, peserta bengkel dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan agar melakonkan watak pelanggan dan petugas kaunter. Sesi yang berlangsung selama 2 jam itu penuh dengan keceriaan dan gelak ketawa.
Diakhiri dengan sesi bergambar, diharap agar tips dan ilmu yang telah dikongsi pada hari itu akan dimanfaatkan di dalam tugasan seharian kita. Selain itu, jutaan terima kasih kepada En. Peter dan sekalung penghargaan buat warga perpustakaan yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.

Sekadar renungan:
“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana”.



Selasa, 10 April 2012

11 Elemen penting dalam penggunaan Kamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas:

Muka surat dalam sebuah kamus
Kamus (dari bahasa Arab: قاموس, qamus) ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal(etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh pengunaan bagi sesuatu berkataan. Bagi menguatkan pemahaman pelajar, kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus.

Berikut adalah 11 elemen tersebut:
  1. Tajuk/ perkataan asal
  2. Simbol phonetic (sebutan)
  3. Tanda ‘ dalam simbol phonetic (penekanan dalam sebutan)
  4. Nombor 1, 2, 3… sekiranya perkataan mempunyai lebih dari satu makna
  5. Perkataan dengan ejaan yang sama, tetapi sebutan dan makna berbeza
  6. Sinonim, antonim atau perkataan tidak rasmi
  7. Sebutan Amerika
  8. Part of speech
  9. Bentuk lain bagi irregular verb
  10. Contoh ayat
  11. Idiom
Bagi tujuan rujukan bahan-bahan kamus di PKBS, bahan ini diletakkan dalam Koleksi Rujukan di Aras Bawah, Bilik Rujukan.

Khamis, 29 Mac 2012

Gotong-royong PKBS

Pembersihan di loading bay
Pada 21 Mac 2012, PKBS telah mengadakan gotong-royong sebagai persediaan Audit Dalaman UPMKB yang berlangsung pada 26-28 Mac 2012. Sebagaimana yang kita sedia maklum, audit bukan sahaja mengenai semakan dokumentetapi juga persekitaran. Jadi sebagai salah satu bangunan terbesar di kampus UPMKB, gotong-royong memang antara agenda utamayang perlu diadakan memandangkan banyak "khazanah" yang perlu disusun dan dibersihkan. Untuk menghidupkan suasana ceria sepanjang gotong-royong, keluarga besar PKBS telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu kumpulan "Gosok-gosok Cute" dan kumpulan "Cuci-cuci Gebu". Checklist tugasan kedua-dua kumpulan ialah:                                                                                                      
Surau wanita
- mengemas surau lelaki dan wanita
- membantu membersihkan persekitaran luar perpustakaan
- mengemas ruang legar kaunter utama dan ruang legar SPK
- mengemas pantry dan melekat label "rosak" serta mengunci tandas yang rosak
- mengemas ruang loading bay iaitu memilih dan membuang bahan yang tidak digunakan
- mengumpul dan menyimpan barang-barang yang rosak ke dalam stor contohnya troli buku, kerusi, meja dan sebagainya

Di sekitar luar perpustakaan
Menyeronokkan dan ceria itulah yang mampu diungkapkan disebalik kepenatan gotong-royong tersebut. Mana tidaknya, setiap kerja memang akan disusuli dengan gelak ketawa dan komitmen yang jitu dari warga PKBS. Hasilnya lokasi gotong-royong berjaya dibersihkan dengan jayanya. Akhir sekali terima kasih tidak terhingga di atas kerjasama kalian dan tidak lupa juga buat penaja makanan pada hari tersebut yang telah menaja makanan dari pagi hingga petang. Semoga Allah memurahkan rezeki kalian.


Selasa, 6 Mac 2012

Perpustakaan Akademik Tercantik Di dunia

Untuk perkongsian bersama. Berikut merupakan antara perpustakaan tercantik di dunia dan kebanyakkannya adalah di universiti berprestasi tinggi.


The University of Coimbra General Library, Coimbra, Portugal

Beinecke Rare Book and Manuscript Library, Yale University, New Haven, CT

University of Salamanca Library, Salamanca, Spain

The Trinity College Library, aka “The Long Room,” Dublin, Ireland

Old Library, St. John’s College, Cambridge University, Cambridge, UK

Philological Library of the Free University, Berlin, Germany

Central Library, University of Technology, Delft, Netherlands

The Harper Library Reading Room, University of Chicago, Chicago, IL

Frederick Ferris Thompson Memorial Library, Vassar College, Poughkeepsie, NY

George Peabody Library, Johns Hopkins University, Baltimore, MD

Queen’s College Library, Oxford University, Oxford, UK

Wren Library, Trinity College, Cambridge University, Cambridge, UK

Duke Humfrey’s Library, Bodleian Library, Oxford University, Oxford, UK

Suzzallo Library’s Graduate Reading Room at the University of Washington, Seattle, WA

The North Reading Room in Doe Library, UC Berkeley, Berkeley, CA

La Sorbonne Reading Room, Paris, France

Codrington Library, All Soul’s College, Oxford University, Oxford, UK

Cornell Law School Library, Ithaca, NY

University of Michigan Law Library, Ann Arbor, MI

Pontifical Lateran University library, Rome, Italy

Powell library, UCLA, Los Angeles, CA

Widener Library, Harvard University, Cambridge, MA

Fisher Fine Arts Library, University of Pennsylvania, Philadelphia, PA

Pitts Theology Library, Emory University, Atlanta, GA

Bapst Library, Boston College, Boston, MA