Jumaat, 27 April 2012

Bengkel Pemantapan Bahasa Inggeris "May I help you"


Bengkel Bahasa Inggeris…. Antara salah satu bengkel yang ditunggu-tunggu warga Perpustakaan. Akhirnya telah berlangsung dengan jayanya pada 13 April 2012 (Jumaat). Sememangnya bertepatan dengan objektif bengkel iaitu, mengaplikasi teknik komunikasi interpersonal yang berkesan dalam berbahasa inggeris, bengkel yang berlangsung seharian itu berjaya menarik minat peserta bengkel. Fasilitator yang cukup sporting di hari itu ialah Encik Peter Clarence dari Jabatan Sains Sosial telah  memberikan beberapa tips dan kami kongsikan dengan anda:






General tips in counter:

  •   Listen attentively
  •   Ask questions
  •   Engage the listener
  •   Speak clearly
  •   Focus on getting meaning across
  •   Maintain a pleasant and professional appearance
  • Relax
Babak 1

Babak 2




Pada sebelah petang, peserta bengkel dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan agar melakonkan watak pelanggan dan petugas kaunter. Sesi yang berlangsung selama 2 jam itu penuh dengan keceriaan dan gelak ketawa.
Diakhiri dengan sesi bergambar, diharap agar tips dan ilmu yang telah dikongsi pada hari itu akan dimanfaatkan di dalam tugasan seharian kita. Selain itu, jutaan terima kasih kepada En. Peter dan sekalung penghargaan buat warga perpustakaan yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.

Sekadar renungan:
“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana”.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan